ALFATIHAH

ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DALAM SOLAT KITA


Ramai sekali orang membaca nya dengan tergesa-gesa tanpa henti dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. 

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat daripada surah Al-Fatihah tersebut, Allah swt menjawab setiap ucapan kita.

Ketika kita mengucapkan

Allah SWT menjawab
"Hamba-ku telah memuji-ku"


Ketika kita mengucapkan

Allah SWT menjawab
" Hamba-ku telah mengagungkan-ku"


Ketika kita mengucapkan
Allah SWT menjawab
"Hamba-ku memuja -ku"


Ketika kita mengucapkan
Allah SWT menjawab
"Inilah perjanjian antara aku dan hamba-ku"


Ketika kita mengucapkan


Allah SWT menjawab
"Inilah perjanjian antara aku dan hamba-ku. Akan ku penuhi yang ia minta"


Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. 

Rasakanlah jawpan indah daripada Allah menjawap ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.





PETUA RAHSIA AWET MUDA MENURUT ISLAM

PETUA RAHSIA AWET MUDA MENURUT ISLAM


9 petua awet muda cara islam yang terbaik dan mudah.

Semua orang ingin kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia , peredaran masa yang menampakkan manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga selain mensyukuri nikmat Allah yang Maha Pencipta.

PETUA 1

Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.Amalkan urutan ini setiap hari.

PETUA 2

Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia didalam mulut selama 10 saat dan sambil berselawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

PETUA 3

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/ rambut yang dipotong atau gugur.

PETUA 4

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

PETUA 5

Untuk melihat wajah nampak lebih muda daripada umur kita, amalkan petua ini dengan jujur dan ihklas. Setiap kali selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk. Wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar.

PETUA 6

Hafalkan ayat 35-38 surah al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.



PETUA 7

Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun memang banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan akan menjadi sihat dan awet muda.

PETUA 8

Amalkan mandi air telaga sulung, iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah air telaga itu sebelu orang lain. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan akan ramping.

PETUA 9

Muka kita biasanya akan nerminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamal urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan dibawah mulut (dagu)





MASUK NERAKA KERANA AIR WUDUK

MASUK NERAKA KERANA AIR WUDUK


Kisah berkaitan dua orang yang berbeza situasi; seorang lelaki kaya raya dan seorang wanita miskin. Kehidupan harian kedua-duanya sangat berbeza kerana aktiviti lelaki itu padat dengan urusan duniawi dan wanita itu pula menghabiskan hari-harinya dengan beribadah.

Kesungguhan dan kerja keras lelaki tersebut memberikan pulangan pendapatan yang besar, memang itu yang diharapkannya. Kekayaannya tidak dinikmati sendirian, tetapi seluruh ahli keluarganya turut berkongsi kesenangan tersebut. Lelaki ini memang bekerja keras untuk keperluan rumah tangga dan pendidikan anak-anaknya.

Wanita miskin pula, tiada apa-apa harta menghiasa dalan rumahnya, melainkan sebuah bejana yang digunakan untuk mengambil air wuduk. Bagi wanita miskin itu, air wuduk adalah kekayaan yang membanggakannya walau hidup cukup makan.

Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani dalam kitab al-MInahus Saniyyah mengisahkan; suatu ketika ada seseorang yang mengambil wuduk dari bejana milik wanita itu. Melihat demikian, wanita itu berbisik dalam hati, "Kalau air itu habis, bagaimana aku hendak berwuduk untuk menunaikan solat sunat malam nanti?"

Namun, setelah meninggal dunia, keadaan kedua-duanya jauh berbeza. Lelaki kaya raya itu mendapat nikmat syurga, sementara wanita miskin yang taat beribadah itu masuk neraka. Mengapa ya?

Lelaki tersebut menerima kemuliaan lantaran sikap zuhudnya daripada kefanaan duniawi. Walaupon kaya, tetapi dia tidak leka dengan kemewahan dunia dan kebakhilan. Hal yang dimilikinya adalah untuk keperluan hidup, tetap berpegang untuk mendapat keredaan Allah.

Sebaliknya, berbeza dengan wanita miskin yang jiwanya lebih pada kebendaan. Buktinya, dia seperti tidak mengizinkan orang lain berwuduk dengan  air dalam bejananya, walaupon dengan alasan untuk beribadah. Ketidakikhlasannya adalah petanda bahawa dia miskin dalam beriman, tetapi jiwanya tidak sanggup berkongsi.

Wallahualam.

   

10 CIRI RUMAH YANG BEREZEKI BAIK

10 CIRI-CIRI RUMAH YANG BEREZEKI BAIK



1. RUMAH YANG DIPAKAI UNTUK IBADAH

Rumah yang didalamnya dilakukan aktiviti menyembah Allah. Solat, puasa, pengajian Al-Quran dan mendidik anak soleh dan sebagainya.

2. RUMAH YANG DIDALAMNYA DIPENUHI KEBAIKAN

Rumah yang didalamnya dilakukan banyak kebaikan seperti rumah yang digunakan untuk mendidik anak yatim, menimba ilmu yang bermanfaat, melakukan kegiatan amal, sedekah, infaq, dan rumah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang disekitarnya.

3. RUMAH YANG NYAMAN & TENTERAM

Rumah yang jika kita berada di dalamnya terasa damai, tenang dan nyaman. Bukan besar dan megahnya rumah yang nyaman, tetapi suasanadan kehangatan antara penghuni rumah. Rumah yang penghuninya rukun dipenuhi kasih sayang, cinta dan saling membantu adalah rumah yang nyaman, walaupon ukuranya kecil, sempit dan sederhana. Perasaan tenang yang dimiliki penghuninya akan menarik aura positif dalam rumah termasuk rezeki.

4. RUMAH YANG SIHAT

Rumah yang sihat maksudnya adalah rumah yang cukup sinar matahari, memiliki aliran udara yang lancar. Rumah yang menghadap ke Timur adalah rumah yang mendapat lebih banyak sinar matahari. Menanam pokok atau tanaman di halaman rumah akan membuatkan rumah menjadi segar, kerana pokok dan tanaman mengeluarkan oksigen.

5. RUMAH YANG BERSIH

Rumah yang sentiasa dibersihkan dan tidak dipenuhi debu atau kotoran. Rumah yang bersih akan mempengaruhi kesihatan penghuninya. Rumah yang bersih disukai Allah. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

6. RUMAH YANG DIPENUHI RASA SYUKUR.

Rumah yang penhuninya sentiasa menyebut nama Allah dengan penuh kesyukuran adalah rumah yang menarik rezeki. Allah meyukai hamba-hambaNya yang bersyukur.

7. RUMAH YANG DEKAT DENGAN MASJID

Rumah yang dekat dengan masjid akan mendorong penghuninya untuk melakukan ibadah solat berjamaah di masjid. Masjid adalah rumah Allah.

8. RUMAH YANG SENTIASA MENERIMA & MEMULIAKAN TETAMU

Tetamu adalah orang yang datang ke rumah kita. Memuliakan tetamu sangat dianjurkan dalam agama. Menjamu tetamu dengan baik sama seperti bersedekah. Senenarnya tetamu menikmati rezeki yang diperuntukan oleh Allah untuk mereka tetapi melalui kita.

9. RUMAH YANG SEDERHANA & TIDAK BERLEBIH-LEBIHAN

Islam tidak suka segala sesuatu yang berlebih-lebihan. Kita dilarang untuk melakukan sesuatu secara berlebihan. Walaupon kita mampu.

10. RUMAH YANG TIADA HIASAN-HIASAN KEMUSYRIKAN

Sebaiknya hiasilah rumah dengan sesuatu yang bernilai ibadah seeprti kaligrafi dari mushaf Al-Qurandan hindari patung. Kerana pemiliknya dianggap menyerupai orang kafir dimana mereka biasa meletakkan patung dalam rumah mereka untuk diagungkan.






PATI 7 BUNGA MAWAR

SIRAMAN 7 PURNAMA 
PATI 7 BUNGA MAWAR




Alhamdulillah

Dengan rasa syukur dan izinNya 13hb Februari 2017 satu lagi produk keluaran Aura Rezeki dengan izinNya dilancarkan.

SIRAMAN 7 PURNAMA dari pati 7 warna bunga Mawar, dengan isi kandungan 300ml , dijual dengan harga RM 70 SM/ RM 75 SS.


💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝

APAKAH KHASIAT DARIPADA SIRAMAN 7 PURNAMA?

😃Membangkitkan GHAIRAH JIWA
😃Membantu menaikkan seri wajah dan tubuh
😃Menghilangkan sel kulit mati
😃Menghalus & melembapkan kulit wajah & badan
😃Proses pemutihan semulajadi
😃Menampal kebocoran dan perbaiki Aura diri
😃Memberi kesegaran & keharuman tubuh yang berpanjangan.


BAGAIMANA PULA CARA PENGGUNAANYA?

Cara penggunaanya simple saja. 

Titiskan 7 titis Siraman 7 Purnama ke dalam air untuk mandian bilasan terakhir. Di sarankan untuk kegunaan pada waktu petang atau malam ( waktu pagi mandi garam aura).

Selain itu juga, ia boleh dijadikan Body Mist selepas mandi atau sebelum tidur.

Tapi kalau nak jadikan kedua-dua keadaan pon boleh, lebih 'beraura' kan...


So, dapatkan segera untuk diri anda lebih beraura & lebih yakin.

Stok masih fresh.


Bagaimana untuk dapatkan Siraman 7 Purnama ini? 

Call / Whatsap ke 018-4027699








PROMOSI


PROMOSI BULAN CINTA


Bismillah

Belum pon habis kegembiraan dapat motor dan hadiah2 lain lagi, Hq nak bagi hadiah lagi!

Waaah....sempena Bulan Cinta ni, Hq nak bagi hadiah baaaanyak sangat.

Apa hadiahnya?

CASH RM3333.00
&
GOLD COIN 1g untuk 10 orang Pemenang.

Haaa...ape tunggu lagi. Dapatkan Mana-mana 1 produk Aura Rezeki, samada Garam Aura Rezeki, Garam Aura Lady Millionaire, Sukses Maskulin ataupon Pati Siraman 7 Purnama, untuk layak berebut hadiah-hadiah yang ditawarkan ni ye.

Oh ye, camane nak dapatkan? 

Senang je, terus Whatsap ke 018-4027699 untuk sebarang tempahan ataupon pertanyaan.









AURA

PENEGETAHUAN ASAS MENGENAI AURA YANG PERLU ANDA TAHU.



Assalamualaikum...

Hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang Aura. Sesetengah orang tak kisah pon pasal aura diri. Mungkin tak kisah, atau pon tidak ambil peduli pasal aura diri mereka. Anyway, bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengetahui tentang Aura Diri , seperti saya, jom kita tahu dulu ape tu Aura.


APA ITU AURA?


Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, merupakan jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.  Aura adalah medan tenaga tubuh manusia. Aura berfungsi sebagai perisai diri dari ditembusi oleh gelombang atau energi negatif yang merbahaya. Jika aura kita lemah, bocor atau bersaiz kecil maka kita mudah diserang oleh gelombang negatif yang ada di persekitaran.




Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa.
Aura adalah sebuah medan energi atau tenaga yang hidup.

Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang. Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Kesimpulannya aura berfungsi sebagai perisai diri kepada manusia dari ditembusi oleh gelombang – gelombang yang negatif dan yang membahayakan tubuh manusia.

Aura yang positif akan mempengaruhi persekitaran dan mampu menarik energi positif manakala aura negatif akan menarik energi-energi negatif.

Orang yang mempunyai AURA CANTIK ialah orang yang berperwatakan menarik, positif, murah rezeki, kelihatan berseri dan paling penting sistem kesihatan tubuh ( mental, fizikal & emosional ) juga bagus dan sihat.  


Perwatakan yang tidak menyerlah , kurang yakin, selalu ditimpa masalah, kesihatan yang tidak menentu, persekitaran yang kurang baik akan mempengaruhi aura seseorang, AURANYA MENJADI MALAP dan TIDAK BERSERI.

Badan kita di atur oleh satu sistem BIOENERGI yang mengatur setiap fungsi organ dan sel tubuh.

AURA yang SIHAT akan menyebabkan TUBUH BADAN KITA SIHAT. Kita akan sentiasa bertenaga dan aktif jika sistem tenaga dalam badan kita berfungsi dengan harmoni.

Ketidakseimbangan TENAGA dalam badan, akan menyebabkan AURA menjadi MALAP seterusnya badan akan terasa sakit-sakit, demam , tidak bermaya, malah penyakit-penyakit lain juga akan timbul.

Apabila AURA BERSIH DAN BERSINAR, semua tenaga-tenaga POSITIF akan mundah menghampiri kita. Ini kerana AURA POSITIF akan menarik perkara-perkara POSITIF. Segala ILMU akan mudah diterima kerana kita menjadi lebih tenang dan bersedia menghadapi cabaran.

Pada Zaman Mesir, pelajar yang ingin menduduki peperiksaan akan memakai cekak bunga ROSEMARY untuk mendapatkan ketenangan dan aroma bunga tersebut.


Kini aura dan chakra boleh dianalisis dengan alat bio sensor energy teknologi dari USA, mampu merekodkan kekuatan tenaga aura dan tenaga pada chakra, warna aura diri seseorang ( personaliti sesorang dapat dibaca melalui warna aura yang dihasilkan).

Jadi dengan ujian berkenaan, kita boleh mengetahui sejauh mana keindahan aura diri sendiri. Kalau warna aura sekata, maksudnya aura diri cantiklah. Senang cerita, diri positif & hidup yang positif.

Tapi kalau warna aura agak bercelaru, maknanya perlu diperbaiki lagi. Macamana nak baiki? Amalkan hidup sihat, pemakanan sihat, persekitaran yang sihat & yang paling penting berfikiran sihat.

Salah satu cara yang lebih senang untuk memperbaiki aura diri adalah dengan mandian garam bukit himalaya. 





SIRI SAYA & AURA REZEKI 1

BERSYUKUR...DENGAN AURA REZEKI, SAYA DAPAT BOTH, DUNIA AKHIRAT


Assalamualaikum..

Syukur, syukur  syukur

Hari ni Jumaat, Penghulu segala hari bagi Umat Islam..
Alhamdulillah saya masih bernafas, begitu juga keluarga.

Syukur ya Allah

Bangun je pagi hari ni, TV9 sudah tersedia terbuka. Itu rutin mak saya, sebab nak mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz. Tapi hari ni Tanyalah Ustazah. Memang mak tak pernah miss program ni. Pengisian rohani di awal pagi sambil prepare breakfirst.

Hari ni Prof.Dr.Muhaya yang mengendalikan Tanyalah Ustazah. Antara perkongsian yang sangat-sangat rugi jika terlepas adalah Prof Muhaya mengajar cara & teknik pernafasan. Secara siantifik nye boleh kita kate sebagai ‘Law of Attraction’-lebih kurang lah.

Contoh pernafasan yang boleh kita amalkan antaranya;

1.       Kasih Sayang
Pejam mata dan bayangkan. Bayangkan kita sayangkan diri kita sendiri, sayang anak-anak, sayang suami isteri, sayang ibu bapa, sayang adik beradik, sayang keluarga, sayang rakan-rakan, sayang semua. Bayangkan kita sayang keluarga, sayang satu taman perumahan, sayang satu Bandar, sayang satu negeri, sayang satu Negara, sayang satu Asia, sayang satu Dunia….haaaaaa kita spread love, so kita akan dapat Love lah kan…

2.       Bersyukur
Pejam mata dan bayangkan. Prof Muhaya bagi contoh. Kalau seseorang yang sedang sakit, ape yang perlu mereka bersyukur? Sebab mereka sedang sakit kan…so Prof Muhaya cakap, bersyukur je dengan apa yang telah kita dapat hari ni. Cam, bila bangun tidur, kita bersyukur sebab masih bernafas, anak-anak , suami isteri masih bernafas, pastu nak mandi, ada air, syukur ade air. Pastu buka lampu, bersyukur ade eletrik. Haaa….kan masih banyak perkara yang kita boleh syukuri, nikmat Allah terlalu luas. So jangan sempitkan dengan hanya sebab kita sedang sakit itu sahaja. Apatah lagi kita yang sihat walafiat ni kan….sungguh banyak nikmat Allah yang patut kita syukuri….ALHAMDULILLAH…

3.       Maaf-memaafkan
Pejam mata dan bayangkan. Bayangkan kita memberi maaf kepada semua orang. Jika ada orang yang kita ade issue@bergaduh@tak puas hati, bayangkan bahawa orang tersebut berada di hadapan kita & kita cakap “saya maafkan awak”. Begitu juga dengan orang tersebut, bayangkan orang tersebut cakap kat kita “saya pon maafkan awak”. Senangkan! Ya, mungkin tak senang kalau melibatkan issue yang besar, tapi kalau kita nak, semuanya BOLEH. So, buat je…cuba dulu baru rasa.

4.       Puji Diri Sendiri
Pejam mata dan cakap pada diri sendiri. Puji diri sendiri. Prof Muhaya cakap, kalau kita tak puji diri sendiri, sape lagi nak puji kita kan! Puji dengan suara perlahan. Cakap “wahai Siti ( nama sendiri) awak ni peramah, baik, cantik, bertuah, penyayang…etc” . Dengan cara ini kita akan jadi sepertimana apa yang kita cakapkan.

5.       Kerja Hari ini.
Pejam mata dan bayangkan. Bayangkan kerja yang kita nak buat hari ni. Bayangkan kerja tersebut dapat disiapkan. Bayangkan orang suka dengan kerja kita.
Sebenarnye ada 6 perkara yang Prof Muhaya sebut, tapi tak ingat selebihnya sebab tak tulis. Maklumla, sambil layan anak-anak. Ok lah tu saya share 5 perkara tu, kalau korang nak tambah or komen, boleh je (dekat ruangan komen ye!).

Ok, berbalik kepada topic sebenar saya, saya sangat-sangat bersyukur di ketemukan dengan satu bisnes yang saya sayang, cinta, passion, love & adore it. Kenapa saya cakap camtu?

Sebab

Saya ni dah bermacam jenis bisnes saya buat. Tak nak sebut bisnes-bisnes tu, bukan tak hargai, tapi yelah, banyak juga. Bukan kate saya tak serius dengan bisnes tersebut,memang serius. Tapi hakikat sebenarnye adalah saya buat bisnes kerana untuk mendapat rezeki dari segi financial. Kewangan semata-mata. Memang bisnes yang saya ceburi tu memberikan manfaat kepada orang lain juga, tapi hati saya tak sampai tahap “kegembiraan sebenar untuk membantu orang” atau “keikhlasan sebenar untuk membantu orang lain”. Korang faham ke? Adakah korang pernah capai tahap kegembiraan camtu?Boleh share ye…

Dengan Aura Rezeki,  Bulan Mac 2017 nanti genaplah setahun saya dalam bisnes Aura Rezeki.  Dari hari pertama hingga hari ni, hati saya ni tak pernah berhenti bersyukur dengan Allah kerana di ketemukan dengan produk yang hebat ni. Ia sangat hebat bagi diri saya. Kenapa?

Sebab

Dari hari pertama saya menggunakan Garam Aura Rezeki, saya dah merasai ketenangan yang selama ini saya cari. Ketenangan dalaman & luaran. Ketenangan hati yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata @ perkataan. Ia sungguh hebat. Ketenangan yang saya cari selama ini, ketenangan yang saya cuba rasai selama ini.

Bukan saya seorang je yang dapat merasai ketenangan seperti ni, tapi dah berpuluh-puluh, malah beratus-ratus testimoni yang saya dapat daripada customer saya. Normally saya dapat feedback setelah seminggu mereka menggunakannya. Malah, ada juga baru 1 hari penggunaan, mereka dengan gembira memberitau ketenangan yang mereka dapat rasa setelah sekali mereka guna. Subhanallah…

Contoh testimoni


Itu salah satu contoh yang saya dapat berikan di sini. Selebihnya korang dapat baca kat ruangan Testimoni ye.

Syukur syukur syukur

Saya juga bersyukur & berterima kasih kepada Pengasas Aura Rezeki, JM MIswan & JMV GLOBAL, kerana mereka adalah jambatan dari Allah swt untuk memberikan nikmat rezeki ketenangan kepada kita semua. Mereka diberi ilham untuk mencipta produk yang sangat hebat & membantu semua golongan masyarakat, tak kira tua @ muda, miskin @ kaya, islam @ bukan islam…pendek cerita all walks of life!

Saya sentiasa berdoa & benar-benar berharap agar produk Garam Aura Rezeki go global & dapat membantu lebih ramai jiwa-jiwa yang stress di luar sana. Semoga JMV GLOBAL terus sukses & terus bertahan forever. 

 Amiiin…