MASUK NERAKA KERANA AIR WUDUK
Kisah berkaitan dua orang yang berbeza situasi; seorang lelaki kaya raya dan seorang wanita miskin. Kehidupan harian kedua-duanya sangat berbeza kerana aktiviti lelaki itu padat dengan urusan duniawi dan wanita itu pula menghabiskan hari-harinya dengan beribadah.
Kesungguhan dan kerja keras lelaki tersebut memberikan pulangan pendapatan yang besar, memang itu yang diharapkannya. Kekayaannya tidak dinikmati sendirian, tetapi seluruh ahli keluarganya turut berkongsi kesenangan tersebut. Lelaki ini memang bekerja keras untuk keperluan rumah tangga dan pendidikan anak-anaknya.
Wanita miskin pula, tiada apa-apa harta menghiasa dalan rumahnya, melainkan sebuah bejana yang digunakan untuk mengambil air wuduk. Bagi wanita miskin itu, air wuduk adalah kekayaan yang membanggakannya walau hidup cukup makan.
Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani dalam kitab al-MInahus Saniyyah mengisahkan; suatu ketika ada seseorang yang mengambil wuduk dari bejana milik wanita itu. Melihat demikian, wanita itu berbisik dalam hati, "Kalau air itu habis, bagaimana aku hendak berwuduk untuk menunaikan solat sunat malam nanti?"
Namun, setelah meninggal dunia, keadaan kedua-duanya jauh berbeza. Lelaki kaya raya itu mendapat nikmat syurga, sementara wanita miskin yang taat beribadah itu masuk neraka. Mengapa ya?
Lelaki tersebut menerima kemuliaan lantaran sikap zuhudnya daripada kefanaan duniawi. Walaupon kaya, tetapi dia tidak leka dengan kemewahan dunia dan kebakhilan. Hal yang dimilikinya adalah untuk keperluan hidup, tetap berpegang untuk mendapat keredaan Allah.
Sebaliknya, berbeza dengan wanita miskin yang jiwanya lebih pada kebendaan. Buktinya, dia seperti tidak mengizinkan orang lain berwuduk dengan air dalam bejananya, walaupon dengan alasan untuk beribadah. Ketidakikhlasannya adalah petanda bahawa dia miskin dalam beriman, tetapi jiwanya tidak sanggup berkongsi.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment