KISAH ANAK

SANG JUARA, PERLU DI LATIH



Juara tidak lahir dengan sendirinya,juara lahir melalui  latihan dan kemahiran.

Antara langkah untuk melatih anak anda menjadi juara adalah:
  • didik anak dengan kemahiran sosial seperti berucap,bercerita,berpuisi ( Public Speaking ), berkomunikasi,bergaul,cekap,tahan cabaran,mempertahankan maruah,berkepimpinan dan pandai menyesuaikan diri.

  • Latih anak supaya rajin membaca.luaskan pengetahuan mereka dengan menyediakan kemudahan sumber ilmu pengetahuan,bagi dorongan dan sokongan. ( selalu bawa mereka ke kedai buku, at least sekali dalam sebulan)

  • Latih supaya pandai menyelesaikan masalah supaya ada inisiatif sendiri untuk membantu meyelesaikan masalah dalam kalangan keluarga.

  • Latih anak supaya pandai menyimpan rahsia.

  • Latih berpuasa sunat Isnin Khamis. (Mak pon kena puasa jugak ye)

  • Latih anak dalam pelbagai aspek seperti menyesuaikan diri dalam majlis,berpakaian dll. (yangni bila hadir event2, ataupon bila nak ke majlis kenduri berbeza pakaian dengan nak ke pasar malam) 

  • Latih anak menjadi Pemimpin sejak kecil. ( selalu ingatkan dalam perbualan harian dengan anak, contohnya bila minta mereka kemaskan baju atau mainan...pujuk mereka dengan kata "...abang kan nak jadi pemimpin bila besar nanti..")

  • Ajar anak berniaga kerana dengan perniagaan melatih anak cekap dan beramanah.

  • Dengar apa yang diperkatakan oleh anak.Beri pandangan sekiranya ia bertentangan dengan tatasusilah. (win-win situation)

  • Didik anak sehingga mampu untuk membuat keputusan sendiri. (Apabila kita nak buat suatu keputusan yang simple, cuba tanye mereka, supaya mereka juga turut berfikir)

  • Latih anak menggambarkan sesuatu perkara yang abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasannya.

  • Latih anak bervisualisasi  iaitu menggunakan teknik bayangan dalam minda.Menggambarkan sesuatu perkara @ cita-cita tercapai dalam minda walaupun ia hanya imaginasi@angan-angan.

Juara tidak lahir semalaman,juara tidak semestinya dalam kalangan keluarga atasan,juara dipupuk dan dibina dengan susah payah.Jadi juara memerlukan pengorbanan banyak pihak.Untuk jadi juara,sesiapa sahaja boleh mencapainya...tapi dengan syarat,latihan bersungguh-sungguh dan bertindak merealisasikannya.


Sumber Rujukan: Solusi 2010

Credit : Sarimah Hj Doring