DIAIBKAN!
DAN TERPAKSA TOLONG
BAYAR HUTANG ORANG LAIN
Tajuk diatas bila dibaca saya pasti anda juga merasai atau pernah mengalami situasi yang sama, saya tidak bermaksud untuk membuka cerita atau buku lama, ye sudah pastinya kita tidak mahu ingat kisah-kisah lalu,lagi-lagi ianya sangat memberi kesan luka pada hati dan jiwa kita
Kisah diatas membuatkan saya kuat pada hari ini, Kisah diatas membuat saya matang pada hari ini, kisah diatas membuat saya tegas pada hari ini, kisah diatas membuat saya kering hati pada hari ini.
Saya terjebak dengan hutang dan hutang itu bukan untuk saya, Pinjam atas ingin membantu kawan sendiri dan akhirnya saya tersepit dan terpaksa terima tanggungjawab untuk membayar semula kerana kawan yang hendak pulang dan bayar semula, hilang tidak dapat dihubungi, "mungkin bagi anda yang membacanya, ala biasalah tu orang tahu pinjam pasti susah nak pulangkan"
Kegagalan saya untuk membayar membuatkan orang marah kepada saya, Dia ambil gambar saya melalui Facebook, print dan tampal dengan AMARAN, BERHATI-HATI WANITA INI YANG TIDAK MAHU MEMBAYAR HUTANG! disetiap tingkat Kompleks perniagaan yg mana disitulah pejabat dan showroom lama saya, masa itu saya berniaga pembekalan cenderamata dan lebih 7 tahun dikompleks itu dan perniagaan saya setahun telah mengalami masalah tapi saya cuba pertahankan dan masalah ini buat masalah bertambah, Hampir kesemua badan-badan kerajaan disitu dan mereka kenal sangat dengan saya
Saat itu hati dan jiwa saya bagai dirobek, tubuh badan lemah, keyakinan diri saya hilang, saya malu dan hanya Allah saja yang tahu saat itu.
Atas sebab itu saya terpaksa pindah dan tutup perniagaan saya, malam-malam dan waktu cuti saya ambil sikit2 barang saya dan saya duduk rumah tanpa berniaga, tanpa semangat, tanpa keyakinan, saya kosong tak tahu apa yang harus dibuat.
Dalam tempoh itu, saya hanya ada Allah tempat mengadu,tempat mememohon agar Allah pulihkan semangat dan keyakinan diri saya, mohon Allah datangkan perniagaan apa yang baik untuk saya dan juga orang lain.
Syukur, atas doa penuh yakin dan bersangka baik kepada Allah yang mana sekiranya kita berdoa dengan yakin, pastinya Allah makbulkan doa kita kerana Allah mengikut sangkaan hambanya.
Alhamdlillah, Allah datangkan terapi melalui garam bukit, yang mana apabila saya mandi dan niat bersungguh-sungguh dengan izin Allah saya merasa tenang, saya merasa damai, saya mula bersemangat dan yakin, saya mula perbaiki diri dan perhubungan saya dengan Allah, saya yakin ini antara doa2 yang Allah makbul untuk saya.
Bermula dari itu, saya mula pasang Niat untuk menyebarkan khasiatya garam bukit kepada jiwa-jiwa diluar sana, mempunyai masalah sama seperti saya, dan saya pasti ianya boleh membantu diikuti dengan amalan-amalan seperti zikir, solat2 sunat dan lain-lain.
Semoga apa yang saya kongsikan menjadi penolak semangat kepada mereka diluar sana untuk terus BANGKIT DAN CAPAI KEJAYAAN, jangan jadikan HUTANG ataupun MASALAH sebagai PEMBUNUH KEBAHAGIAN, SEMANGAT,KEYAKINAN UNTUK KITA GAPAI KEJAYAAN.
JM MISWAN
Pengasas Aura Rezeki
Untuk dapatkan Tips dan Cara Bagaimana untuk Istiqomah juga Menjiwai secara Lebih Berkesan Whatsapp saya 018- 402 7699 untuk saya kongsikan cara-cara & langkah yang sebenarnya.