10 CIRI-CIRI RUMAH YANG BEREZEKI BAIK
1. RUMAH YANG DIPAKAI UNTUK IBADAH
Rumah yang didalamnya dilakukan aktiviti menyembah Allah. Solat, puasa, pengajian Al-Quran dan mendidik anak soleh dan sebagainya.
2. RUMAH YANG DIDALAMNYA DIPENUHI KEBAIKAN
Rumah yang didalamnya dilakukan banyak kebaikan seperti rumah yang digunakan untuk mendidik anak yatim, menimba ilmu yang bermanfaat, melakukan kegiatan amal, sedekah, infaq, dan rumah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang disekitarnya.
3. RUMAH YANG NYAMAN & TENTERAM
Rumah yang jika kita berada di dalamnya terasa damai, tenang dan nyaman. Bukan besar dan megahnya rumah yang nyaman, tetapi suasanadan kehangatan antara penghuni rumah. Rumah yang penghuninya rukun dipenuhi kasih sayang, cinta dan saling membantu adalah rumah yang nyaman, walaupon ukuranya kecil, sempit dan sederhana. Perasaan tenang yang dimiliki penghuninya akan menarik aura positif dalam rumah termasuk rezeki.
4. RUMAH YANG SIHAT
Rumah yang sihat maksudnya adalah rumah yang cukup sinar matahari, memiliki aliran udara yang lancar. Rumah yang menghadap ke Timur adalah rumah yang mendapat lebih banyak sinar matahari. Menanam pokok atau tanaman di halaman rumah akan membuatkan rumah menjadi segar, kerana pokok dan tanaman mengeluarkan oksigen.
5. RUMAH YANG BERSIH
Rumah yang sentiasa dibersihkan dan tidak dipenuhi debu atau kotoran. Rumah yang bersih akan mempengaruhi kesihatan penghuninya. Rumah yang bersih disukai Allah. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?
6. RUMAH YANG DIPENUHI RASA SYUKUR.
Rumah yang penhuninya sentiasa menyebut nama Allah dengan penuh kesyukuran adalah rumah yang menarik rezeki. Allah meyukai hamba-hambaNya yang bersyukur.
7. RUMAH YANG DEKAT DENGAN MASJID
Rumah yang dekat dengan masjid akan mendorong penghuninya untuk melakukan ibadah solat berjamaah di masjid. Masjid adalah rumah Allah.
8. RUMAH YANG SENTIASA MENERIMA & MEMULIAKAN TETAMU
Tetamu adalah orang yang datang ke rumah kita. Memuliakan tetamu sangat dianjurkan dalam agama. Menjamu tetamu dengan baik sama seperti bersedekah. Senenarnya tetamu menikmati rezeki yang diperuntukan oleh Allah untuk mereka tetapi melalui kita.
9. RUMAH YANG SEDERHANA & TIDAK BERLEBIH-LEBIHAN
Islam tidak suka segala sesuatu yang berlebih-lebihan. Kita dilarang untuk melakukan sesuatu secara berlebihan. Walaupon kita mampu.
10. RUMAH YANG TIADA HIASAN-HIASAN KEMUSYRIKAN
Sebaiknya hiasilah rumah dengan sesuatu yang bernilai ibadah seeprti kaligrafi dari mushaf Al-Qurandan hindari patung. Kerana pemiliknya dianggap menyerupai orang kafir dimana mereka biasa meletakkan patung dalam rumah mereka untuk diagungkan.
No comments:
Post a Comment