AURA REZEKI
KE TIMUR TENGAH
Subhanallah..Alhamdulillah....Allahuakbar
Syukur ke Hadrat Illahi....dengan limpah kurnianya, Aura Rezeki dapat memperluaskan lagi pasaran ke peringkat Antarabangsa.
Sebelum ini Aura Rezeki hanya ke Singapore & Brunei.
Semakin luas pasaran serantau, semakin ramai Aura Rezeki dapat membantu jiwa-jiwa yang "dahaga"kan aura positif dalam diri & hidup.
Petikan Akhbar
"JMV Global Sdn Bhd (JMV Global) pengeluar produk terapi berjenama Aura Rezeki, bercadang untuk mengukuhkan pasaran eksportnya dalam perancangan pengembangan syarikat tahun 2017 melalui usaha menembusi pasaran baharu ke Indonesia dan Timur Tengah.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Julinda Miswan berkata, buat masa ini produk Garam Mandian Aura Rezeki khusus untuk mandian itu telah mendapat sambutan menggalakkan di pasaran luar negara seperti Brunei dan Singapore.
Menurutnya, pasaran eksport telah menyumbang kira-kira 30 peratus daripada perolehan jualan syarikat pada tahun ini.
Segmen pasaran ini berpotensi kerana rata-rata orang menhadapi masalah stres atau tekanan perasaan, ia bukan sahaja dihadapi golongan dewasa tetapi juga anak-anak remaja serta juga pelajar.
Pelnagai faktor boleh menyumbang kepada masalah tekanan perasaan ini tetapi ia perlu dibendung dan di kawal dengan segera kerana penyakit ini boleh mengundang maut, katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Julinda menjelaskan, produk Garam Mandian Aura Rezeki jika diamalkan setiap hari akan dapat membantu diri menjadi lebih tenang, berkeyakinan, berfikir dengan cara yang lebih waras selain dapat menarik aura-aura positif di sekelilingnya.
Selain itu, mengulas mengenai pengembangan pasaran domestik, syarikat bakal menggiatkan aktiviti pemasarannya dengan mengadakan pameran bergerak bermula awal tahun depan seperti di Kedah, Terengganu, Johor dan seluruh Malaysia secara berperingkat-peringkat.
Syarikat juga bakal meluaskan segmen pelanggannya kepada golongan professional dan usahawan untuk membantu kumpulan ini mengubah cara hidup agar lebih berkeyakinan, bersemangat untuk menghadapi cabaran lebih getir tahun depan.
"Akademi Aura Rezeki di Shah Alam, Selangor juga bakal mengambil peserta baharu untuk mendalami bidang berkaitan terapi melalui kursus jangka pendek yang di tawarkan," katanya.
Kursus setahun yang ditawarkan itu bakal melibatkan kira-kira 300 pelatih baharu.