ABOUT ME

Assalamualaikum wbt.

“Rabbi yassir wala tuassir”

Salam Aura
salam Kebahagiaan
Salam Menjemput Rezeki

Jom berkenalan!

Siapa saya?

Saya senang di panggil Kak Dayang, berumur 34 tahun & bekerja sebagai peguam. Berkhidmat di sebuah legal firm di Kelantan. Lebih focus dalam bidang conveyancing ( jual beli rumah, tanah, pinjaman bank etc).

Itulah serba sedikit mengenai saya.Tidak ada kelebihan lain, just manusia biasa. Tapi bercita-cita nak jadi luarbiasa. Nak jadi superwoman, boleh ke.......hehehe......but im Supermom!

Kenapa saya berniaga?

Ok, this is the best part. ini yang sebenarnya yang saya nak ceritakan. Mungkin ada yang bertanya, saya dah pon bekerja, dalam bidang boleh tahan busy pulak tu, tapi kenapa lagi nak buat bisnes ni bersungguh-sungguh? Sempat ke nak layan customer? Sempat ke nak berfb, insta and so on?

Ataupon ada yang dah sedia maklum kenapa saya berbisnes.....maklumla semua benda dah naik harga kan. So, semua tu menyebabkan peningkatan kos sara hidup. Tapi, gaji takde pon naik seiring dengan kenaikan harga barang kan! Hahaha....



Ok, apa-apa pon saya memang suka berniaga. Saya berniaga sejak dari bangku sekolah lagi. Saya jual kueh, kuih siput, kerepek ubi sira dan macam-macam lagi. Duit tu jugak la saya dan adik-adik gunakan untuk belanja ke sekolah. Sehingga one day, cikgu warning saya supaya tak menjual lagi kat sekolah. The next day......saya masih bawak kuih untuk jual, sebab ape, sebab tak sampai hati nak bagitau mak cikgu tak bagi berniaga. So sorok-sorok je jual kat kawan-kawan. 

So, itu lah experience berniaga kat sekolah. Perasaan dapat duit bila dapat menjual tu dah saya rasai zaman di bangku sekolah lagi. Sampai sekarang saya tak dapat escape daripada perasaan untuk berniaga tu. hehehehe..... cuma cara je berlainan sekarang...online!

Sekarang ni, walaaupon dah bekerja, makan gaji, tetapi...ye betul, untuk tambah pendapatan keluarga. Anak-anak makin membesar, perbelanjaan semakin meningkat. So, memang kena ada  pendapatan sampingan. Yang penting, bisnes sampingan tu tak mengganggu pekerjaan hakiki. 

Bagaimana saya berkenalan dengan Produk aura Rezeki?

Sekarang ni berlambak-lambak produk mencari agen @ dropship dipasaran. Semuanya nampak mengujakan. Apa yang saya cari adalah bisnes yang saya paling suka dan minat. Berniaga dah memang minat, seterusnya kena cari produk apa yang saya minat.

Minta dengan Allah.

Alhamdulillah Allah temukan saya dengan produk yang sememangnya saya suka. GARAM BUKIT HIMALAYA.

Dan kenapa pula saya minat sangat dengan Garam Aura Rezeki keluaran Aura Rezeki ni?


SEbab, saya mula terjumpa garam aura rezeki pada peringkat awal, tahun pertama permulaan produk aura rezeki, Alhamdulillah...Pada waktu tu, Produk aura rezeki hanya keluar garam aura rezeki dan mistral sahaja. So, itu adalah core produk / first produk lah. Melihatkan produk garam aura rezeki pon saya dah jatuh cinta, belum cuba lagi sebenarnya. 


Saya mula terjumpa (dengan izin Allah) dengan garam aura rezeki dalam instagram. Dan ada testimoni yang amat mengujakan ( its too good to be true). Dalam hati saya "eh betul ke ni?" Curious sangat-sangat. So tanpa berlengah saya terus order, buat bayaran dan dipendekkan cerita dalam 2-3 hari sampai. 


Subhanallah.... yang paling best ialah ada panduan cara menggunakan/ mandian yang betul beserta contoh niat. Hari pertama saya buat mandian, perasaan tu tenang setenang tenangnye....tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Bila hati dan jiwa tenang, kerja-kerja lain rasa senang je nak manage dengan baik. Jadi terdetik dalam hati saya "aku pon nak syorkan lah kepada orang lain yang tengah stress jugak tu, so that diorang boleh rasa tenang sepertimana apa yang aku rasa sekarang".


So, ia memang menguatkan lagi reason saya untuk berbisnes dengan garam aura rezeki ni. 


Saya decide untuk memulakan dengan dropship, sebab saya sendiri kekurangan ilmu marketing & modal permulaan. So, ape lagi, saya banyak share dalam instagram saya @garamauramenjemputrezeki. 


Sungguh luarbiasa, senang je rupanya untuk jual garam aura rezeki ni. Saya hanya berkongsi keistimewaan garam aura rezeki, info-info, tips dan testimoni saya sendiri dan pengguna-pengguna lain, dan ramai sebenarnya jiwa-jiwa di luar sana yang memerlukan bantuan garam aura rezeki, seperti saya jugak. Ramai yang menghadapi stress & banyak halangan untuk mereka bangkit. Alhamdulillah mereka dipertemukan dengan garam aura rezeki dan menjadi asbab bagi mereka untuk bangkit positif.


Order masuk bertalu-talu. Setiap hari ada yang bertanyakan info-info dan ada juga yang terus order. 


Selepas 2/3 bulan, saya jadi agen. Dah ada stok sendiri. So senanglah untuk saya pos setiap hari. Bila order masuk & bayaran dibuat sebelum pukul 1 tengahari, saya akan pos on that day. Saya buat pengeposan setiap hari. Saya memegang prinsip, customer memang sangat teruja untuk menggunakan garam aura rezeki. Dats why lah saya tak nak melengahkan harapan customer, sebab saya sendiri pon memang teruja untuk garam aura rezeki ni. 


Semakin hari saya semakin teruja dengan bisnes garam aura rezeki. Tambah-tambah lagi Aura Rezeki telah keluarkan produk kedua, Garam Aura Lady Millionaire (LM). Kitorang (agen-agen & dropship) memang sangat teruja dengan LM ni. Memang tak sabar untuk mencuba produk yang lebih hebat daripada garam aura rezeki. Gabungan 7 aroma dan memberikan 7 kekuatan aura dengan kekuatan magnet yang lebih cepat & pantas. Dengan haruman yang lebih harum dan wangi sangat. Saya terus cuba dan sakli lagi fall in love dengan LM. Kebanyakan customer pon mengakui LM lagi terbaik. 


Dari segi perbandingan nya memang LM lagi terbaik daripada garam aura rezeki, sebab garam aura rezeki hanya 1 aroma mawar, manakala LM adalah gabungan 7 aroma. Memang awesome!


Selain produk terbaru tu, saya semakin teruja untuk menolong lebih ramai lagi. Mana tidak nya, perasaan tu kadangkala tak dapat digambarkan apabila awal-awal pagi dapat feedback daripada pengguna secara sukarela, tanpa di minta. Mereka juaga memang teruja untuk share pengalaman mereka menggunakan produk aura rezeki & menyebabkan hidup mereka happy! Subhanallah....




Secara jujurnya, memang saya teruja dengan bisnes aura rezeki. Tapi disebalik kekuatan produk dan bisnes, banyak yang saya belajar dalam kehidupan. Hidup ini lebih indah apabila kita lebih banyak memberi.

“9/10 punca rezeki adalah dalam perniagaan.”

Hadis Nabi SAW memang menjadi ikutan dan pegangan kita. Jadi, memang saya akan berniaga. Walaupon dalam dunia bisnes ni ada up[s and down, tapi itu adalah lumrah. Yang penting adalah usaha.

Namun, apa yang saya nampak adalah lebih daripada mengejar wang semata-mata. 9/10 punca rezeki itu adalh merangkumi setiap aspek kehidupan.

Yang paling utama adalah hubungan kita dengan Allah. 

Credit juga kepada pengasa Aura Rezeki, JM Miswan. Beliau adalah insan yang istimewa kerana telah banyak memberi perubahan dengan produk yang Allah ilhamkan kepada beliau. Saya bersyukur sangat-sangat kerana dapat mengenali Aura Rezeki di peringkat awal. Semoga Allah merahmati JM & keluarga dan memberi rezeki yang melimpah ruah serta berkat. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Perkongsian ini adalah dari hati nurani & pengalaman saya sebagai pengguna produk aura rezeki. Saya berharap anda yang membaca perkongsian ini dapat sedikit sebnyak manfaat dan mendoakan saya dan keluarga hidup bahagia serta sentiasa dalam rahmat Illahi.

Terima kasih.






No comments:

Post a Comment