BERSYUKUR...DENGAN AURA REZEKI, SAYA DAPAT BOTH, DUNIA AKHIRAT
Assalamualaikum..
Syukur, syukur syukur
Hari ni Jumaat, Penghulu segala hari bagi Umat Islam..
Alhamdulillah saya masih bernafas, begitu juga keluarga.
Syukur ya Allah
Bangun je pagi hari ni, TV9 sudah tersedia terbuka. Itu
rutin mak saya, sebab nak mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz. Tapi hari ni
Tanyalah Ustazah. Memang mak tak pernah miss program ni. Pengisian rohani di
awal pagi sambil prepare breakfirst.
Hari ni Prof.Dr.Muhaya yang mengendalikan Tanyalah Ustazah.
Antara perkongsian yang sangat-sangat rugi jika terlepas adalah Prof Muhaya
mengajar cara & teknik pernafasan. Secara siantifik nye boleh kita kate
sebagai ‘Law of Attraction’-lebih kurang lah.
Contoh pernafasan yang boleh kita amalkan antaranya;
1.
Kasih Sayang
Pejam mata dan bayangkan. Bayangkan kita
sayangkan diri kita sendiri, sayang anak-anak, sayang suami isteri, sayang ibu
bapa, sayang adik beradik, sayang keluarga, sayang rakan-rakan, sayang semua.
Bayangkan kita sayang keluarga, sayang satu taman perumahan, sayang satu Bandar,
sayang satu negeri, sayang satu Negara, sayang satu Asia, sayang satu Dunia….haaaaaa
kita spread love, so kita akan dapat Love lah kan…
2.
Bersyukur
Pejam mata dan bayangkan. Prof Muhaya bagi
contoh. Kalau seseorang yang sedang sakit, ape yang perlu mereka bersyukur? Sebab
mereka sedang sakit kan…so Prof Muhaya cakap, bersyukur je dengan apa yang
telah kita dapat hari ni. Cam, bila bangun tidur, kita bersyukur sebab masih
bernafas, anak-anak , suami isteri masih bernafas, pastu nak mandi, ada air,
syukur ade air. Pastu buka lampu, bersyukur ade eletrik. Haaa….kan masih banyak
perkara yang kita boleh syukuri, nikmat Allah terlalu luas. So jangan sempitkan
dengan hanya sebab kita sedang sakit itu sahaja. Apatah lagi kita yang sihat
walafiat ni kan….sungguh banyak nikmat Allah yang patut kita syukuri….ALHAMDULILLAH…
3.
Maaf-memaafkan
Pejam mata dan bayangkan. Bayangkan kita
memberi maaf kepada semua orang. Jika ada orang yang kita ade
issue@bergaduh@tak puas hati, bayangkan bahawa orang tersebut berada di hadapan
kita & kita cakap “saya maafkan awak”. Begitu juga dengan orang tersebut,
bayangkan orang tersebut cakap kat kita “saya pon maafkan awak”. Senangkan! Ya,
mungkin tak senang kalau melibatkan issue yang besar, tapi kalau kita nak,
semuanya BOLEH. So, buat je…cuba dulu baru rasa.
4.
Puji Diri Sendiri
Pejam mata dan cakap pada diri sendiri.
Puji diri sendiri. Prof Muhaya cakap, kalau kita tak puji diri sendiri, sape
lagi nak puji kita kan! Puji dengan suara perlahan. Cakap “wahai Siti ( nama
sendiri) awak ni peramah, baik, cantik, bertuah, penyayang…etc” . Dengan cara
ini kita akan jadi sepertimana apa yang kita cakapkan.
5.
Kerja Hari ini.
Pejam mata dan bayangkan. Bayangkan kerja
yang kita nak buat hari ni. Bayangkan kerja tersebut dapat disiapkan. Bayangkan
orang suka dengan kerja kita.
Sebenarnye ada 6 perkara yang Prof Muhaya
sebut, tapi tak ingat selebihnya sebab tak tulis. Maklumla, sambil layan
anak-anak. Ok lah tu saya share 5 perkara tu, kalau korang nak tambah or komen,
boleh je (dekat ruangan komen ye!).
Ok, berbalik kepada topic sebenar saya, saya sangat-sangat
bersyukur di ketemukan dengan satu bisnes yang saya sayang, cinta, passion,
love & adore it. Kenapa saya cakap camtu?
Sebab
Saya ni dah bermacam jenis bisnes saya buat. Tak nak sebut
bisnes-bisnes tu, bukan tak hargai, tapi yelah, banyak juga. Bukan kate saya
tak serius dengan bisnes tersebut,memang serius. Tapi hakikat sebenarnye adalah
saya buat bisnes kerana untuk mendapat rezeki dari segi financial. Kewangan
semata-mata. Memang bisnes yang saya ceburi tu memberikan manfaat kepada orang
lain juga, tapi hati saya tak sampai tahap “kegembiraan sebenar untuk membantu orang”
atau “keikhlasan sebenar untuk membantu orang lain”. Korang faham ke? Adakah
korang pernah capai tahap kegembiraan camtu?Boleh share ye…
Dengan Aura Rezeki, Bulan
Mac 2017 nanti genaplah setahun saya dalam bisnes Aura Rezeki. Dari hari pertama hingga hari ni, hati saya ni
tak pernah berhenti bersyukur dengan Allah kerana di ketemukan dengan produk
yang hebat ni. Ia sangat hebat bagi diri saya. Kenapa?
Sebab
Dari hari pertama saya menggunakan Garam Aura Rezeki, saya
dah merasai ketenangan yang selama ini saya cari. Ketenangan dalaman &
luaran. Ketenangan hati yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata @ perkataan.
Ia sungguh hebat. Ketenangan yang saya cari selama ini, ketenangan yang saya
cuba rasai selama ini.
Bukan saya seorang je yang dapat merasai ketenangan seperti
ni, tapi dah berpuluh-puluh, malah beratus-ratus testimoni yang saya dapat
daripada customer saya. Normally saya dapat feedback setelah seminggu mereka
menggunakannya. Malah, ada juga baru 1 hari penggunaan, mereka dengan gembira
memberitau ketenangan yang mereka dapat rasa setelah sekali mereka guna.
Subhanallah…
Contoh testimoni
Itu salah satu contoh yang saya dapat berikan di sini. Selebihnya
korang dapat baca kat ruangan Testimoni ye.
Syukur syukur syukur
Saya juga bersyukur & berterima kasih kepada Pengasas
Aura Rezeki, JM MIswan & JMV GLOBAL, kerana mereka adalah jambatan dari Allah
swt untuk memberikan nikmat rezeki ketenangan kepada kita semua. Mereka diberi
ilham untuk mencipta produk yang sangat hebat & membantu semua golongan
masyarakat, tak kira tua @ muda, miskin @ kaya, islam @ bukan islam…pendek
cerita all walks of life!
Saya sentiasa berdoa & benar-benar berharap agar produk
Garam Aura Rezeki go global & dapat membantu lebih ramai jiwa-jiwa yang
stress di luar sana. Semoga JMV GLOBAL terus sukses & terus bertahan
forever.
Amiiin…