PETUA RAHSIA AWET MUDA MENURUT ISLAM
9 petua awet muda cara islam yang terbaik dan mudah.
Semua orang ingin kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia , peredaran masa yang menampakkan manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga selain mensyukuri nikmat Allah yang Maha Pencipta.
PETUA 1
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.Amalkan urutan ini setiap hari.
PETUA 2
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia didalam mulut selama 10 saat dan sambil berselawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
PETUA 3
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu amalkan menanam kuku/ rambut yang dipotong atau gugur.
PETUA 4
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
PETUA 5
Untuk melihat wajah nampak lebih muda daripada umur kita, amalkan petua ini dengan jujur dan ihklas. Setiap kali selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk. Wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar.
PETUA 6
Hafalkan ayat 35-38 surah al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
PETUA 7
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun memang banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan akan menjadi sihat dan awet muda.
PETUA 8
Amalkan mandi air telaga sulung, iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah air telaga itu sebelu orang lain. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan akan ramping.
PETUA 9
Muka kita biasanya akan nerminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamal urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan dibawah mulut (dagu)