SANG JUARA, PERLU DI LATIH
Juara tidak lahir dengan sendirinya,juara lahir melalui latihan dan kemahiran.
Antara langkah untuk melatih anak anda menjadi juara adalah:
Antara langkah untuk melatih anak anda menjadi juara adalah:
- didik anak dengan kemahiran sosial seperti berucap,bercerita,berpuisi ( Public Speaking ), berkomunikasi,bergaul,cekap,tahan cabaran,mempertahankan maruah,berkepimpinan dan pandai menyesuaikan diri.
- Latih anak supaya rajin membaca.luaskan pengetahuan mereka dengan menyediakan kemudahan sumber ilmu pengetahuan,bagi dorongan dan sokongan. ( selalu bawa mereka ke kedai buku, at least sekali dalam sebulan)
- Latih supaya pandai menyelesaikan masalah supaya ada inisiatif sendiri untuk membantu meyelesaikan masalah dalam kalangan keluarga.
- Latih anak supaya pandai menyimpan rahsia.
- Latih berpuasa sunat Isnin Khamis. (Mak pon kena puasa jugak ye)
- Latih anak dalam pelbagai aspek seperti menyesuaikan diri dalam majlis,berpakaian dll. (yangni bila hadir event2, ataupon bila nak ke majlis kenduri berbeza pakaian dengan nak ke pasar malam)
- Latih anak menjadi Pemimpin sejak kecil. ( selalu ingatkan dalam perbualan harian dengan anak, contohnya bila minta mereka kemaskan baju atau mainan...pujuk mereka dengan kata "...abang kan nak jadi pemimpin bila besar nanti..")
- Ajar anak berniaga kerana dengan perniagaan melatih anak cekap dan beramanah.
- Dengar apa yang diperkatakan oleh anak.Beri pandangan sekiranya ia bertentangan dengan tatasusilah. (win-win situation)
- Didik anak sehingga mampu untuk membuat keputusan sendiri. (Apabila kita nak buat suatu keputusan yang simple, cuba tanye mereka, supaya mereka juga turut berfikir)
- Latih anak menggambarkan sesuatu perkara yang abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasannya.
- Latih anak bervisualisasi iaitu menggunakan teknik bayangan dalam minda.Menggambarkan sesuatu perkara @ cita-cita tercapai dalam minda walaupun ia hanya imaginasi@angan-angan.
Juara tidak lahir semalaman,juara tidak semestinya dalam kalangan keluarga atasan,juara dipupuk dan dibina dengan susah payah.Jadi juara memerlukan pengorbanan banyak pihak.Untuk jadi juara,sesiapa sahaja boleh mencapainya...tapi dengan syarat,latihan bersungguh-sungguh dan bertindak merealisasikannya.
Sumber Rujukan: Solusi 2010
No comments:
Post a Comment