AURA

PENEGETAHUAN ASAS MENGENAI AURA YANG PERLU ANDA TAHU.



Assalamualaikum...

Hari ni saya nak ceritakan sedikit tentang Aura. Sesetengah orang tak kisah pon pasal aura diri. Mungkin tak kisah, atau pon tidak ambil peduli pasal aura diri mereka. Anyway, bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengetahui tentang Aura Diri , seperti saya, jom kita tahu dulu ape tu Aura.


APA ITU AURA?


Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, merupakan jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.  Aura adalah medan tenaga tubuh manusia. Aura berfungsi sebagai perisai diri dari ditembusi oleh gelombang atau energi negatif yang merbahaya. Jika aura kita lemah, bocor atau bersaiz kecil maka kita mudah diserang oleh gelombang negatif yang ada di persekitaran.




Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa.
Aura adalah sebuah medan energi atau tenaga yang hidup.

Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang. Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Kesimpulannya aura berfungsi sebagai perisai diri kepada manusia dari ditembusi oleh gelombang – gelombang yang negatif dan yang membahayakan tubuh manusia.

Aura yang positif akan mempengaruhi persekitaran dan mampu menarik energi positif manakala aura negatif akan menarik energi-energi negatif.

Orang yang mempunyai AURA CANTIK ialah orang yang berperwatakan menarik, positif, murah rezeki, kelihatan berseri dan paling penting sistem kesihatan tubuh ( mental, fizikal & emosional ) juga bagus dan sihat.  


Perwatakan yang tidak menyerlah , kurang yakin, selalu ditimpa masalah, kesihatan yang tidak menentu, persekitaran yang kurang baik akan mempengaruhi aura seseorang, AURANYA MENJADI MALAP dan TIDAK BERSERI.

Badan kita di atur oleh satu sistem BIOENERGI yang mengatur setiap fungsi organ dan sel tubuh.

AURA yang SIHAT akan menyebabkan TUBUH BADAN KITA SIHAT. Kita akan sentiasa bertenaga dan aktif jika sistem tenaga dalam badan kita berfungsi dengan harmoni.

Ketidakseimbangan TENAGA dalam badan, akan menyebabkan AURA menjadi MALAP seterusnya badan akan terasa sakit-sakit, demam , tidak bermaya, malah penyakit-penyakit lain juga akan timbul.

Apabila AURA BERSIH DAN BERSINAR, semua tenaga-tenaga POSITIF akan mundah menghampiri kita. Ini kerana AURA POSITIF akan menarik perkara-perkara POSITIF. Segala ILMU akan mudah diterima kerana kita menjadi lebih tenang dan bersedia menghadapi cabaran.

Pada Zaman Mesir, pelajar yang ingin menduduki peperiksaan akan memakai cekak bunga ROSEMARY untuk mendapatkan ketenangan dan aroma bunga tersebut.


Kini aura dan chakra boleh dianalisis dengan alat bio sensor energy teknologi dari USA, mampu merekodkan kekuatan tenaga aura dan tenaga pada chakra, warna aura diri seseorang ( personaliti sesorang dapat dibaca melalui warna aura yang dihasilkan).

Jadi dengan ujian berkenaan, kita boleh mengetahui sejauh mana keindahan aura diri sendiri. Kalau warna aura sekata, maksudnya aura diri cantiklah. Senang cerita, diri positif & hidup yang positif.

Tapi kalau warna aura agak bercelaru, maknanya perlu diperbaiki lagi. Macamana nak baiki? Amalkan hidup sihat, pemakanan sihat, persekitaran yang sihat & yang paling penting berfikiran sihat.

Salah satu cara yang lebih senang untuk memperbaiki aura diri adalah dengan mandian garam bukit himalaya. 





No comments:

Post a Comment